Pages

Friday, July 31, 2015

Cinta,Jangan Mangsakan Diri Sendiri


"Hidup bukan untuk derita dan membina jambatan ke neraka,sebaliknya untuk mengecapi sebanyak-banyak bahagia untuk diteruskan ke syurga"-HM Tuah

"Intim bersama Isteri...Tak ada ruginya bahkan berpahala pula.Pegang isteri pahala,panggil isteri dengan panggilan yang di suka pahala.Begitu juga isteri,layan suami dengan baik pahala.Panggil dia dengan panggilan baik pun pahala."

Memahami Kebahagian


  1. Bahagia bila rasa di hargai dan dipuji.
  2. Bahagia bila dapat menikmati makanan dan sarapan bersama yang tersayang.
  3. Bahagia apabila mencintai apa yang di miliki.
  4. Bahagia dapat mengembirakan orang lain.
  5. Bahagia bila di naikkan pangkat.
  6. Bahagia apabila dpd menzahirkan senyuman.
  7. Bahagia apabila sihat.
  8. Bahagia mempunyai pendapatan tetap
  9. Bahagia mempunyai pasangan yang hensome dan cantik.
  10. Bahagia apabila sampai ke tempat yang ditujui.
  11. Bahagia menikmati pemandangan indah ciptaan tuhan.
  12. Bahagia mempunyai masa bersama keluarga.
  13. Bahagia apabila tiada hutang keliling pinggang.
  14. Bahagia masih mempunyai keluarga yang mengambil berat.
  15. Bahagia memiliki tempat berteduh.
  16. Bahagia setiap kesusahan di jamin kesenangan di hadapan.
  17. Bahagia masih lagi ada yang menyayangi.
  18. Bahagia melakukan apa yang disukai.
  19. Bahagia boleh terus memperbaiki bacaan ayat suci Al-Quran.
  20. Bahagia bila dapat menjalani suruhan yang maha Esa.


Renungan Bersaman:


Doa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
[البقرة :201]
Robbana atina fiddunyaa hasanah, wa fil-akhiroti hasa-nah, wa qinaa 'adzaaban-naar
"Ya Tuhan kami, berilah kami Kebahagian di dunia dan Kebahagian di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka". (QS. Al-Baqarah [2]: 201)
“Doa ini telah mengumpulkan semua Kebahagian di dunia dan menjauhkan dari semua keburukan di dunia. Karana Kebahagian di dunia itu mencakupi segala hal yang diinginkan di dunia, berupa kesihatan, rumah yang luas, isteri yang baik (atau suami yang baik, sebaliknya), rizki yang luas, ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, kenderaan yang selesa, pujian yang baik dan lain-lainnya yang telah disebutkan dalam ungkapan para ulama tafsir. Tidak ada perbezaan antara pendapat-pendapat mereka tersebut, karana semuanya termasuk dalam apa yang mencukupi makna Kebahagian di dunia.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/558)




Monday, May 11, 2015

Aku Seorang Jurutera Awam


1) Jurutera Awam berkhidmat sebagai Jurutera Operasi Hospital Negeri (JOHN) Bintulu.Berkhidmat lebih kurang setahun.tidak la sampai setahun.lapor diri bulan July 2014.Lagi dua bulan cukup la setahun.

2)  Minat dalam bidang marketing sambil ceburi budang kejuruteraan.Tugas kerja jurutera di hospital sebagai mengawal selia hospital support service konsesi.Bagi negeri sarawak di kendali oleh syarikat Faber Mediserve Sdn Bhd. Sekarang bertukar menjadi One Medicare.

3) Setiap awal bulan wajib 7hb setiap bulan Consesi akan menyerahkan laporan prestasi untuk di semak oleh Jurutera.Jadi aku akan check dan menilai prestasi syarikat.

4) Kalau kerja di sarawak ni sebenarnya banyak onar dan duri nak di lalui.Terpulang kepada individu untuk membiasakan diri dengan suasana sarawak.Kalau dah jatuh cinta dengan orang sini alamatnya akan bermustautin la dekat sini.hehe.Sebenarnya ramai orang dari semenanjung malaysia tinggal disini dan kahwin dengan orang sini.

5) Kalau minat adventure memancing, sini memang tempat sesuai.Boleh masuk ke dalam hutan belantara yang perjalanan memakan masa selama 8 jam atau sehari bermalam.

6) Pernah sekali join Johan tangkap udang di sungai kemena.Johan ni orang kampung Jepak.Dia memang minat memancing dan mencari udang dan memburu.Masa ikut dia cari udang dulu dapat la dalam 1kg.dan yang paling best masa memburu rusa.Rusa kami tu berat dalam 80kg.pergh yg tu best.Bahagi seorang dapat 20kg.