Pages

Sunday, January 31, 2016

Catatan Dhuha


Pesanan saya untuk adik-adik dan anak-anak yang masih berusia muda. Gunakanlah masa sewaktu fizikal masih kuat dan bertenaga. Idea masih bernas dan segar. Perkara ini akan berlalu begitu sahaja setelah usia sudah meningkat. Percayalah anda akan terasa banyak kekurangan sewaktu usia semakin tua berbanding sewaktu muda remaja. Ayuh manafaatkanlah usia mudamu.

Hukilan:
Ustaz Idris Hj Ahmad  22 Rabiul  Akhir 1437 /1 Feb 2016 Isnin.

Yakin Rezeki Allah

"Rezeki itu datangnya daripada Allah. Yang turunkan segala apa-apa untuk kita adalah Allah. Jadi jangan takut, percaya pada Allah dan usaha. Jika ada impian, kejar. Jangan biar orang lain jadikan kita biasa, sama seperti mereka."

**sesungguhnya setiap kesusahan diiringi kemudahan**

Prioritykan Suruhan Allah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Dikatakan kepada Nabi Ibrahim a.s : "Apakah perkara sehingga Baginda terpilih sebagai 'Khalilullah' ?". Berkata Ibrahim a.s : "Kerana tiga perkara iaitu :

1) Aku memilih (mengutamakan) suruhan Allah daripada suruhan selain-Nya.
2) Aku tidak risau tentang apa-apa yang dijaminkan oleh Allah SWT kepadaku (mengenai rezeki)
3) Tidak aku makan tengahari dan makan malam melainkan bersama tetamu. (diriwayatkan Baginda sanggup berjalan sejauh satu hingga dua batu untuk mencari orang yang dapat makan bersamanya)"

KUPASAN :
Subhanallah, berapa ramai manusia hari ini yang menjadikan priority suruhan Allah SWT menjadi nombor dua, tiga, empat, lima atau yang terakhir sekali daripada suruhan sesama manusia. Bimbang 'Punch Card' nya merah mengundang marah majikannya, tetapi tak bimbang 'Report Card' amalannya boleh mengundang murka Tuhannya.

Terkejar-kejar keluar rumah dinihari, sebelum Subuh semata-mata kononnya hendak mencari rezeki. Hinggakan Solat Subuh dikesampingkan. Solat Maghrib berat untuk dikerjakan pada waktu meniaga Pasar Malam kerana merasakan rezeki ada pada ramainya manusia bukan pada Allah Yang Maha Kaya.

Berebut untuk mengelak dari membayar bayaran makan minum ketika keluar minum bersama rakan-rakan, kerana meyakini duit di saku akan berkurangan tetapi tidak meyakini janji Tuhan. Merasa untung setiap kali dapat makan percuma bila sentiasa orang lain yang membayarkannya. Tak pernah belanja kawan setiap kali keluar makan, bahkan tanpa segan silu selalu minta dibelanja walaupun dengan kawan perempuan... Lebih teruk dari pon***!

Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Tiga golongan yang akan duduk di bawah bayang Arasy Allah SWT di hari tiada bayangan tempat berteduh melainkan bayangan-Nya ialah :

1. Orang yang berwuduk ketika di cuaca terlampau sejuk.
2. Orang yang berjalan di kegelapan malam untuk solat berjemaah.
3. Orang yang memberi makan kepada orang yang lapar."

KESIMPULAN :
Tiada yang lebih menggembirakan bila kita dapat menggembirakan orang lain. Percayalah ! Perasaan gembira bila kita dapat melakukan kebaikan lebih hebat daripada rasa gembira apabila kita melakukan kemungkaran !

Wallahu a'lam - Oleh itu ajak-ajaklah Ust. Kay keluar makan, pasti kita akan sama-sama gembira !

SUMBER :
- Kitab Isti'dad Lyoum Al-Ma'ad - Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
- Nasaihul Ibad / Al-Wasail Ila Ma'rifatil Awail - Imam As-Sayuti dan lain-lain.

العقاب المحسوس وغير المحسوس BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI


قال أحد الطلاب لشيخه: "كم نعصي الله ولا يعاقبنا".
Seorang pelajar bertanya kepada gurunya " mengapakah  apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?" 

فرد عليه الشيخ: "كم يعاقبك الله وأنت لا تدري".!
Gurunya menjawab "Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tidak MENYEDARINYA.!".

ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!!
وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه].
"Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!!
Tiada BALA yang lebih BERAT ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "HATI YANG KERAS".

إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير .
Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.

ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟! 
Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari? 

بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} ..  وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!!
Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi "kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah" Al-Hasyar : 21.

Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!!

ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟!
Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun [qiyamullail] ? 

ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة .  ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي .. 
Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah. Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya.....

أي عقاب أكثر من هذا
Adakah BALA yang lebih BERAT dan SEGERA dari semua ini? 
ألا تحس بثقل الطاعات ؟
Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan? 

ألم يُمسِك لسانك عن ذكره تعالى؟
 Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya? 
 
ألا تحس بضعف أمام الهوى والشهوات ؟
Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat? 

ألم تبتلى بحب المال والجاه والشهرة ؟
Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular? 

أي عقاب أكثر من ذلك ..
Adakah bala yang lebih BERAT dan SEGERA daripada ini semua? 

ألم تسهل عليك الغيبة والنميمة والكذب؟!
Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!

ألم يشغلك الفضول بالتدخل فيما لا يعنيك؟!
Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?!

ألم يُنسِك الآخرة ويجعل الدنيا أكبر همك؟!
Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?

هذا الخذلان ما هو إلا صور من عقاب الله .
Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu.

إحذر يا بني فإن أهون عقاب لله : " ما كان محسوساً" في المال أو الولد أو الصحة .
Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling RINGAN yang Allah timpakan: "BALA yang boleh DISEDARI seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

وأن أعظم عقاب "ما كان غير محسوس"في القلب" .
Dan sesungguhnya seBERAT-BERAT bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah "BALA yang tidak DISEDARI iaitu "BALA di dalam HATI"

فاسأل الله العافية واستغفر لذنبك.
Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN KECUALI...

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

عن ابن عمر رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((عَلَى المَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وكَرِهَ، إلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيةٍ، فَإنْ أُمِرَ بِمَعْصِيةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN 
Dari Ibnu 'Umar رضي اللّه عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "(Wajib) atas individu Muslim untuk dengar dan patuh (kepada pemimpin) dalam keadaan dia suka atau benci melainkan kalau dia diperintahkan untuk membuat maksiat. Maka jika dia diarahkan untuk berbuat maksiat maka tidak perlu untuk dengar dan patuh." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN 
1. Tugas pemerintah adalah memastikan kebajikan rakyat di bawah tanggungjawabnya terbela dan memastikan tidak berlaku kemudaratan kepada mereka,

2. Oleh itu menjadi kewajipan bagi setiap individu untuk mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah walaupun tidak disukainya,

3. Namun kewajipan untuk taat dikecualikan jika pemerintah menetapkan sesuatu yang berbentuk maksiat kerana ianya melawan perintah Allah Ta'ala.

Doa Untuk KeluargaKu

1. Ya Allah jika disaat ini, ada keluarga ku yg sakit, sembuhkan lah dia dan lanjutkan usianya.  آمِيّنْ

2. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg bermasaalah, beri lah jln keluar utk dia.  آمِيّنْ

3. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikan lah mereka.  آمِيّنْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia.  آمِيّنْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kpd dia.  آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga ku yg bersedih hati. kembalikan lah kecerian diwajahnya.  آمِيّنْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg berada dipersimpangan jalan yg  berliku, tunjukkan lah jalan yg diredai oleh Mu.

 آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Mohon Engkau perkenan dan terimalah doa kami Ya Allah..


Suara Agung Kerinduan

Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Di tanyakan mengapa?
Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.

Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"
Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.

Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW

Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah."

 Bilal masih tidak berhenti menangis.

Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal,"
-sapa Amirul mukminin.

"Tidak wahai amirul mukminin,"
-tolak Bilal.

"Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,"- sapa Saidina Umar pula.

Saidina Bilal menggeleng..

Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin.
"Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,"

Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, di ciumnya.

"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah,"

Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju. 

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu.
Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

"ABU I'SA RASULULLAH?!"
-apakah Rasulullah di bangkitkan semula-

"Asyhadu ala ila haa illallah!"

Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar..
Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan.
Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"

Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. "Mengapa Bilal?"

"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"

"Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah."

Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.

Allahumma Solli Ala Muhammad


Saturday, January 30, 2016

MULAKAN BUSINESS ONLINE



Tips Berniaga Online : Pilih 1 saja niche produk/servis

Kalau kesihatan, produk kesihatan je dalam page kita tu...

Kalau tudung, tudung je dalam instagram, tapi boleh juga selit ngn aksesori pakaian, jubah, skirt...yg berkaitan ngn pakaian wanita

Kalau jual produk muslim, semua produk muslim je, jgn tiba2 jual racun tikus pulak.

Tips 2 : Fokus 1 servis/produk minima 1minggu-1bulan

Maksudnya kalau jual Vitamin Minda, post pasal Vitamin je. Gambar produk, testimoni, khasiat, cara makan, cara simpan ubat, tapi selitkan tips2 menarik macam, Bagaimana Ajar Anak Anda Cepat Membaca, Bagaimana Pujuk Anak Yang Merajuk, 11 Cara Gembirakan Anak Anda, 9 Jenis Permainan kesukaan kanak-kanak. Banyakkan info 80%, buat ayat menjual 20%. Kalau menjual 100%, orang akan meluat.

Boleh buat promosi kreatif, mungkin buat komik gambar Obama tengah bercakap ngn wife dia pasal anak dia yg nakal, pastu nk try Vitamin minda ni, ataupun korang pegi satu sekolah, amek gambar/video ngn 300 budak sekolah tu semua pegang Vitamin Minda dan rmai2 jerit VITAMIN MINDA TERBAIK!

Dalam bisnes ni korang kena kreatif. Cth : Agen Shaklee berapa ribu orang kat Malaysia ni, tapi macamana dorang nak sales tinggi dari Agen Shaklee lain. Sama gak ngn Agen ToneExcel.

Selamat mencuba ye! 

Sumber & Dikongsi:
#TipsBisnesOnline
#DeAlami

Lihat MASALAH Manusia, Dan Mulakan Perniagaan.

Ramai orang kelam kebut nak mulakan business dengan modal agak besar, nak ada kedai, nak ada stall, pekerja, air-cond etc. Tak perlu itu semua.
Baik.
Disini nk kongsi dan berikan tips mudah untuk anda mulakan business dengan kos yg rendah.

1. GAS (rumah).
> Buat flyer ringkas, 1/2 A4, tulis pakai marker (kalau xde komputer dan printer). Tulis ini: GAS HABIS?? Call saya, saya hantar la ni jugak. 012.345.6789. Fotostat banyak dan edarkan di kawasan rumah u. Standby satu tong gas kosong utk 'swap' dengan kedai. 

Client call, swap di kedai then hantar kpd client. Hantar guna motor jer. Ambil upah dan service. Katakan RM5 utk satu tong. Kalau kena pikul naik rumah flat, lift rosak, charge la lebih sikit.

Katakan:
Satu kawasan ada 1000 unit rumah (kediaman). 5% call u setiap hari (at least), u dah ada 50 client sehari. 50 x RM5 = RM250. Minyak motor, katakan sehari RM10, makan minum u RM20, u dah ada gaji sehari dalam RM220 sehari. RM200 la kira senang.

Mmg kelihatan ada 'despatch gas' ni bawa 3 tong gas guna motor, sekali jalan.
Mereka x mencuri, x merompak, bukan menganggur dan bukan minta derma.
Then, kembangkan wilayah pengedaran flyer dan jajahan penghantaran gas tersebut.

Tips:
1. U boleh kawtim dgn pembekal gas, harga lebih murah.

2. U boleh gajikan pekerja di kemudian hari, sebagai penghantar gas, u dok rileks dan boleh buat kerja (business) sampingan lain.

3. Sabar, u boleh jadi pembekal gas di kemudian hari nanti. Proses yg ni ambil masa sikit, bergantung kpd network dan kecekalan u hadapi cabaran.
Boleh cuba.

Usah malu.
Buat dengan konsisten.
Buatlah, sebelum org Pakistan dan Bangla buat.
Lihat MASALAH manusia, dan mulakan perniagaan.



AMALAN SEHEBAT MANAPUN SIA-SIA JIKA MATI DALAM KEADAAN TAK BAYAR HUTANG


ن عبدِ الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يَغْفِرُ اللهُ لِلشَّهِيدِ كُلَّ شَيْءٍ إِلاَّ الدَّيْنَ)). رواه مسلم. 
وفي روايةٍ له: ((القَتْلُ في سَبيلِ اللهِ يُكَفِّرُ كُلَّ شيءٍ إلاَّ الدَّيْن)).

TERJEMAHAN
Dari Abdullah bin Amr bin Al 'Ash رضي الله عنهما: bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Allah mengampunkan bagi orang yang mati syahid segala perkara melainkan hutang." (Mafhum HR Muslim). Dalam riwayat baginya Nabi bersabda: "Orang yang terbunuh di dalam jihad fisabilillah Allah mengampunkan segala perkara kecuali hutang."

PENGAJARAN
1. Ganjaran mati syahid adalah sangat besar dan dapat menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan semasa hayatnya,

2. Namun dosa yang dihapuskan adalah yang berkaitan dengan hak Allah. Adapun yang berkaitan dengan hak anak Adam seperti hutang ianya perlu dilangsaikan barulah pahala syahid diterima di sisi Allah dan dosanya terampun,

3. Kata Imam Nawawi: Hadith ini menekankan supaya menyelesaikan hak sesama anak Adam (sebelum meninggal dunia) kerana jihad, syahid di jalan Allah dan segala jenis kebaikan hanya menghapuskan hak dengan Allah (tidak hak sesama manusia).

SIKAP JUJUR ASET PALING BEHARGA


Sabda Rasulullah S.A.W
أربع إذا كن فيك فلا عليك ما فاتك من الدنيا؛ حفظ أمانة، وصدق حديث، وحسن خليفة، وعفة في طعمة.

Ertinya: Empat perkara jika ia ada pada kamu, maka kamu tidak akan rugi dengan apa yang terlepas daripada kamu di dunia iaitu; menjaga amanah, bercakap benar, baik akhlak, dan menahan diri daripada makanan yang haram.
(Riwayat Ahmad)
**musnad al- mukhtirin min al- shahabah musnad Abdullah bin Amrin

Jujur itu beharga
Sirru a'la barakatillah

Kisah Si Ayam Tua...


Seorang peladang mempunyai 15 ekor ayam betina dan seekor ayam Jantan Tua. Oleh kerana ayam jantan Tua sudah tidak efektif lagi membiakkan bakanya peladang itu membeli seekor lagi ayam jantan Muda untuk jadi pembaka...

Selepas ayam jantan Muda sampai, dia disapa oleh ayam Tua...

Tua : Selamat datang, kita boleh bekerjasama membuntingkan semua ayam betina ni agar tuan kita gembira...
Muda : Kerjasama?? Kamu sudah tua dan patut bersara...biar aku uruskan semua kerja pembiakan ini...

Tua : Kamu bagilah aku seekor betina pun jadi laa...
Muda : Tak boleh, aku gagah dan mampu melaksanakan kerja pembiakan tanpa bantuan kamu ayam tua...

Tua : Ok kalau kamu gagah perkasa esok kita lumba lari...kalau kamu menang aku tak akan ganggu walau seekor pun ayam betina...
Muda : Ok aku setuju esok pagi kita lumba...

Keesokannya...
Tua : Oleh kerana aku dah tua kamu kena bagi aku lari dulu lepas sepuloh langkah baru kamu mula berlari...
Muda : Ok lah dan Si Tua apa lagi lari lah...

Ayam tua berlari dengan perlahan kemudian dikejar oleh ayam muda...dalam 10 meter ayam muda mengejar ayam tua dan sudah hampir di bontot ayam tua...

Tiba-tiba  bam..  bam...ayam muda tersungkur rebah...

Tuan ayam telah menembak ayam muda sambil menyumpah... Chiss !!! Sudah tiga ekor ayam jantan. aku beli ni semuanya Gay... huh...


Moral of story:

1)Jangan sombong dengan orang lama...
2)Respek la otai...
3)Otai2 ni banyak taktik yang tidak disangka-sangka

Friday, January 29, 2016

UMAT YANG DILAKNAT KERANA MEMBIARKAN KEMUNGKARAN

......

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ, عِوَجَا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.وَ أَشْهَدُ أَن مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ,، الْمَبْعُوثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ ، نَبِيِّ الَّرحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ, وَنَصَرَهُ, وَوَالَاهُ,.   
أَمَّا بَعْدُ :
فَيَا عِبَادُ اللهِ، اتَقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التِّقْوَى، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, ssungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita mengambil pengajaran dan peringatan daripada Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Karim :

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

كَانُواْ لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ

(Al-maidah : 78-79)

(Maksud-Nya) : 78. orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
79. mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka telah lakukan.

Kaum bani Israel adalah zuriat Nabi Yaakub AS yang dianggap bangsa pilihan Allah SWT. Dalam kalangan mereka ramai yang dilantik menjadi Rasul dan Nabi, ulama’ dan pemimpin terbilang serta bijak pandai. Namun mereka dilaknat oleh Allah SWT mwnjadi bangsa yang hina dan merempat serta dikutuk di seluruh dunia, di dalam kitab Allah, Taurat dan Zabur, Injil dan Al-Quran dengan sebab mereka derhakakan Allah, tidak mengikut perintah Allah SWT dan tidak berpegang dengan kitab Allah SWT.

Diantara perangai mereka juga ialah membiarkan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan mereka, termasuk ulama’-ulama’ mereka, pemimpin-pemimpin mereka, ketua-ketua mereka dan orang-orang tua mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat dengan bersunggguh-sungguh. Apabila berlaku kemungkaran yang dilihat walaupun ada dari kalangan mereka pada awalnya di hari yang pertama mencegah kemungkaran itu dengan nasihat, tetapi pada hari berikutnya mereka berhenti. Mereka bergaul dengan orang yang melakukan kemungkaran itu, menjadikan mereka tidak menunaikan perintah Allah SWT menjadi umat ynag baik.

Allah SWT memuji umat Muhammad SAW dengan Firman-Nya :

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

 [ سورة ال عمران : 110 ]

(Maksudnya-Nya) : 110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
 
Ini menunjukkan keimanan kita umat Muhammad SAW ialah kita bukan bukan sahaja berpegang gengan ajaran Allah SWT, tetapi dalam masa yang sama tidak membiarkan kemungkaran berlaku  di dalam keluarga, masyarakat dan sesama kita. Nabi Muhammad SAW memberi peringatannya :

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيـِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَأنِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ. [ رواه مسلم ]

(Maksudnya) : Sesiapa yang melihat sesuatu yang mungkar, hendaklah mencegah dengan tangannya (kekuasaan yang ada padanya). Sekiranya tidak mampu, maka dengan lidah(memberi nasihat). Dan sekiranya tidak mampu juga, hendaklah benci di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman.
Kita hendaklah menjadi orang yang kuat iman, bukan orang yang lemah imannya. Apa yang berlaku dalam kalangan bani Israel disebut di dalam Al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita umat Muhammad SAW. Dan Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran : 

لَتَأْمُرُنَّ بَالْمَعْرُوفِ وَلْتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُسَلِّطَنَّ اللهُ عَلَيْكُمْ شِرَارُكُمْ فَيَدْعُو خِيَارُكُمْ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ.
(Maksudnya) : Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau Allah akan menjadikan orang-orang jahat menguasai kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah (agar seksaan itu dihentikan) maka permohonan kamu tidak diterima lagi.

Mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita daripada perkara yang dimurkai oleh-Nya.

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

[سورة ال عمران : 104] 

(Maksud-Nya) : 104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

بَارَكَ اللَّهُ ولَكُمْ فِي الْكِتَابِ والسُّنَةِ. وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُولُ قَولِى هَذَا وَاَسْتَغفِرُ الله العَظِيمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ، هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Sumber:
Khutbah Jumaat 
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

http://pas.org.my/artikel-berita-dupp/7406-umat-yang-dilaknat-kerana-membiarkan-kemungkaran-2

Save Note Guna WhatsApp



Sapa belum tahu??? WhatsApp dh boleh save nota penting tau..

Caranya :

1- Tekan lama msg yg kite nk save tu.
3- Akan keluar gmbr star kat atas.
3- Tekan star kat bahagian atas tu.
4- Done save.

Mcm mne nk tgok plak msg2 tu?

1- Pergi di menu utama whatsApp
2- Ambil bahagian atas kanan ( : )
3- Pilih starred msg

Done! semua msg dh save dlm tu.  

Tak perlu main² scrolling lpas ni

Moga bermanfaat! 

gunakan kaedah ini utk save msg...supaya x ilang maklumat semua...

selamat mencuba...

Cerita Tom & Jerry



Sepasang suami isteri dari Malaysia telah bercuti di London. Suaminya bernama Zek dan Isterinya Norkiah.

Semasa Norkiah membuka almari pakaian di dalam bilik hotel tersebut, tiba2 keluar seekor tikus.

Norkiah pun menjerit sambil melompat2 tahap gaban. Lantas si Zek pun mengangkat telefon untuk call 'receptionist' pasal kejadian tikus tersebut.

Terus dia berfikir macam mana nak bagitahu dengan diorang. Sebab si Zek ni tidak berapa pandai cakap english sikit2 je. Tikus dalam english pun dia tidak tau.

Last2 dia dapat satu idea. terus dia dial nombor receptionist.

Zek: Hello

Receptionist: Yes hello. May i help u sir?

Zek: Do you know Tom and Jerry?

Receptionist: Yes sir. Why?

Zek: Jerry is here!



BAHAGIA ITU SEDERHANA..

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga..

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami..

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah..

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punyaanak untuk saham akhirat ku nanti..

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras..

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman..

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup..

Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian..

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal..

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya..

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar..

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari..

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki orang yang peduli padaku.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun..

Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknye..

Semoga yang terima pesanan ini    diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat.

Kalau Bergaduh,Gaduh Betul-Betul..

Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita bergaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah ,bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

Thursday, January 28, 2016

Jangan lakukan 35 perkara ini apabila mula bisnes

1-Jangan mula dengan tender kerajaan.
2-Jangan terus buka kedai.
3-Jangan terus ambil franchais.
4-Jangan buat pinjaman.
5-Jangan mula tanpa platform kewangan peribadi.
6-Jangan main terjah, rancang sedikit.
7-Jangan mula tanpa guru. Guru boleh ramai.
8-Jangan mula tanpa mentor. Mentor pilih satu saja.
9-Jangan fikir mahu duit cepat, fikir apakah kerja yang betul dalam bisnes, nanti duit datang.
10-Jangan fikir mahu kaya cepat, bisnes ini bukan skim cepat kaya.
11-Jangan fikir bisnes ini adalah betul kecuali selepas 3 tahun masih bertahan.
12-Jangan fikir mahu untung dalam tempoh 3 tahun, fikir bertahan dahulu. Survive.
13-Jangan bermusuh. Tingkatkan networking.
14-Jangan buang masa. Rancang dan bertindak. Salah, betulkan. Salah, betulkan.
15-Jangan rasa down lama sangat. Minum kopi dengan mentor untuk selesaikan masalah.
16-Jangan kedekut ilmu, ilmu sikit pun kongsi.
17-Jangan lupa sadaqah. Ilmu pun kira sadaqah.
18-Jangan belajar taktik saja. Belajar strategi bisnes.
19-Jangan komplen dan negatif.
20-Jangan lupa belajar pasal marketing. Pasar. Belajar kenal pasar.
21-Jangan lupa bina nilai bisnes. Baru kita dalam blue ocean.
22-Jangan rompak duit bisnes.
23-Jangan lupa ambil gaji. Walaupun hutang mesti rekod.
24-Jangan lupa jaga akaun bisnes betul-betul.
25-Jangan lupa jaga dokumen elok-elok. Semua mesti ada rekod.
26-Jangan lupa SOP bisnes.
27-Jangan ambil staff kerana kita sudah tidak menang tangan buat kerja.
28-Jangan lupa ambil staff supaya mereka mencipta gaji mereka.
29-Jangan kongsi masalah bisnes dengan orang makan gaji.
30-Jangan lupa kongsi masalah bisnes dengan orang yang lebih berpengalamn bisnes.
31-Jangan lupa belajar bagaimana mahu kembangkan duit kecil supaya jadi modal bisnes besar.
32-Jangan lupa belajar cara urus duit.
33-Jangan lupa ikat perut dan jimat. Pendiri bisnes perlu jimat.
34-Jangan lupa kawan masa susah.
35-Jangan lupa menangis depan Allah. Allah Maha Memberi Rezeki.

Doa Pagi Jumaat

Ya Allah,
Pada pagi jumaat yang mulia ini,ampunilah dosa-dosaku,dosa-dosa ibubapaku,seluruh ahli keluargaku,saudara-saudaraku,sahabat-sahabatku dan seluruh unat islam.

Panjangkanlah umur kami,kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik,tunjukanlah kami jalan yang benar,

Berkatikan lah kehidupan kami di dunia dan di akhirat, dan masukkanlah kami ke dalam SyurgaMu..

Aminn Ya Rabbal A'laminnn...


Kebihan Membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat

It's Friday. 
Have you read al-Kahfi??

Saying of the Prophet , 
Which mean, 
"Whoever recites Surah al-Kahf on Friday , would he be blessed with light between the two on Friday. " 
(Reported by Al-Hakim and Al-Baihaqi)



Wednesday, January 27, 2016

KEBAHAGIAAN HIDUP

Pd saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama. 

Ketika kita membawa beg atau dompet seharga RM500 atau RM50 keduanya sama2 dapat membantumu membawa sebagian barang/wang. 

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50 m2 atau 5.000 m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama. 

Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama..

Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi. 

Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama... 

Lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka, itulah kebahagiaan sesungguhnya. 

Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup: 

1. Jangan mendidik anakmu untuk terobses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Sehingga saat mereka tumbuh dewasa mereka menilai segala sesuatu bukan dari harganya. 

2. Kata2 yg terbaik di Inggeris:
"Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan." 

3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan. 

4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia".
Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu. 

5. Hidup itu antara
"B" birth (lahir) dan "D" death (mati), 
di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita. 

Jika kamu mahu berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama. 

6. Ada 6 doktor terbaik:
1. Keluarga 
2. Istirehat 
3. Olah raga 
4. Makan yg sihat 
5. Teman 
6. Ketawa 

Pelihara semua itu dalam semua tingkat kehidupan & nikmatilah..!
Selamat menggapai kebahagiaan hidup, saudara2 ku tercinta... 

Cerita Alexander The Great

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan Jeneralnya melakukan 3 perkara berikut: 
 
Pertama....(1) Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat. 

(2) Kedua.......Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

(3) Ketiganya....... Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya. 

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini: 

“ (1) Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian. 

(2) Aku mahu jalan menuju ke kubur ku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati.  Ia tetap akan terus berada di dunia. 

(3) Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA. ”

Kesimpulannya di sini,.. tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati...., pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu......

Doa Selepas Solat Mengikut Sunnah

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Berkah Darussalam

Petikan Hadis
Sa’ad B. Abu Waqqash berkata, 
 “Di setiap kali selesai solat, Rasulullah Shallallahu álaihi Wasallam akan berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari beberapa perkara (dengan doa berikut): 

 اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ اَلْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ اَلدُّنْيَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ اَلْقَبْرِ 

 “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat nyanyuk. Dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.” 
 (Hadis Riwayat al-Bukhari)

ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ
Ya Allah
Setiap hari dan waktu kami berdoa kepada Mu, pastinya Engkau tidak pernah merasa jemu mendengar dan tidak pernah menyuruh kami berhenti dalam melakukannya kerana Engkau lebih menyukai hamba2 Mu yang ingat dan mendekati Mu...
Semoga kami jua begitu hendaknya...tidak pernah ada rasa jemu, malah semakin merendah diri bersama istiqaamah dalam amal ibadah terutamanya solat fardhu lima waktu.

Ya Allah,
Jauhkanlah kami dari sebarang sifat kepura-puraan yang hanya membawa kemurkaan Mu andai kami melakukan amal ibadah atau berdakwah bagi tujuan menunjuk2, berbangga diri atau menggunakannya untuk populariti dan nama.

Ya Allah,
Dalam arus kemodenan dan kecanggihan dizaman ini, janganlah Kau biarkan kami atau mana2 pihak lainnya pandai2 mengubah suai atau menokok tambah atau pula mengurangi mana2 peraturan, undang-undang, tatacara atau sebagainya berkenaan hukum hakam Al Quran dan As Sunnah dari yang sedia ada kerana ianya hanya akan membawa kesalahan, kekeliruan atau penyelewengan aqidah pada kami dan keturunan kami.
Tetapkanlah aqidah kami kejalan yang benar lagi betul dan jelas.

Ya Allah,
Pandulah kami dalam menjalankan Amar Mahruf Nahi Munkar.
Semoga kami dalam jema'ah kami saling bantu membantu kearah perkara2 berkebajikan, tidak merasa malu atau berdiam diri pada perkara amal ibadah dan kewajipan.

Ya Allah
Semoga setiap amal kebajikan dan kebaikan yang kami lakukan dengan penuh keikhlasan, adalah juga pahalanya sebagai hadiah kami kepada kedua ibu bapa kami sebagai antara asbab mereka menjadi penghuni Syurga Mu di Akhirat kelak.

Ya Allah,
Jadikan kami golongan hamba2 Mu yang ta'at, jujur dan setia kepada Ulul Amri kami, ugama kami, negara kami dan masyarakat sekeliling kami dalam membangun dan meneguhkan Ukhwah dan Mahabbah Fillah serta untuk menarik Kerahmatan, Keberkatan dan Kasih Sayang Mu ya Arhamar Rahimin.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْنٍ

Tuesday, January 26, 2016

UntukMu Sahabat


           Jangan tertipu 
        dengan usia MUDA 
        kerana syarat Mati 
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan 
        tubuh yang SIHAT 
       kerana syarat Mati 
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan 
        Harta kekayaaan
                Sebab 
    Si kaya pun tidak pernah  
     menyiapkan Kain Kafan 
             buat dirinya 
      meski cuma selembar.

      Mari terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK, 
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang 
      yang mengenalimu dan 
   Tidak suka dgn nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang 
     mengenalimu lebih dari 
           pada orang lain. 

      Jadilah bagai Jantung 
        yang tidak terlihat, 
     Tetapi terus berdenyut 
     setiap saat hingga kita 
 terus dapat hidup, berkarya 
     dan menebar manfaat 
       bagi sekeliling kita 
     sampai diberhentikan 
              oleh NYA

            #Sahabat2ku: 

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga 
      matahari terbenam, 
  'Amalku tidak bertambah 
            sedikitpun, 
  padahal aku  saat ini 
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Ambillah Masa..Masa sangat Berharga..

AMBILLAH MASA UTK BERFIKIR,KERANA ITULAH SUMBER KEKUATAN.
AMBILLAH MASA UTK BERDOA ,KERANA ITULAH SUMBER KETENANGAN.
AMBILLAH MASA UTK BELAJAR,KERANA ITULAH SUMBER KEBIJAKSANAAN.

AMBILLAH MASA UTK MENCINTAI DAN DICINTAI,KERANA ITULAH NIKMAT PEMBERIAN ALLAH YANG ISTIMEWA.
AMBILLAH MASA UTK BERSAHABAT,KERANA ITULAH JALAN SILATURRAHIM.
AMBILLAH MASA UTK BEKERJA,KERANA ITULAH JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN.

AMBILLAH MASA UTK TERTAWA,KERANA ITULAH MUZIK YANG MENGGETARKAN HATI.
AMBILLAH MASA UTK MENANGIS,KERANA ITULAH MELEGAKAN JIWA.
AMBILLAH MASA UTK TERSEMYUM,KERANA ITULAH MEMPERPANJANG UMUR.

AMBILLAH MASA UTK MEMBERI,KERANA ITULAH ARTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI.
AMBILLAH MASA UTK BRAMAL,KERANA ITULAH JALAN MENUJU KEMENANGAN.
AMBILLAH MASA UTK SEMBAHYANG,KERANA ITULAH KUNCI PEMBUKA SYURGA....


Currency..Please aware my friends

Currency is expected to go down further to RM 4.50 by end of September as Ringgit not used as currency's for trading in world market stock exchange. Ringgit stumbled as the govt. further cut on export of crude and import more. Everyone should take precaution as this is a crashed economy  as a whole. Bank Negara only held reserved of RM101 billion at this moment. Our debt climbed to 580 billion.Stop buying any properties or car. Disaster is on the way.

World 
Economic Analyst  predict within 100 days, Malaysia will collapse. Stock market & currency value will take a nose dive in a drastic manner.

This is due to world negative economic outlook; World's security issue due to terrorism - ISIS,  & middle East conflict.  There has been much fear on the Spartly Island; where China, Vietnam, Taiwan, Philippine and Malaysia want to claim ownership rights.  The recent China & Russia military training exercise is to show their military alliance & strength. This is to tell US to lay off. Indirectly to warn US, Japan & Phillipine, do not wage war against China or Russia.

The recent crude oil crash is due to oversupply. The Americans are pumping in the world more crude  oil.  The reasons: i) to hurt Russian's economy and her currency as Russian is world's no1. Oil exporter.  US & EU are blaming Russia for Ukraine's turmoil & the unresolved MH 17 issue. ii) to stop terrorists, particularly ISIS for selling cheap smuggled crude oil from Syria & Iraq.

Malaysia is compounded by political uncertainty; corruption, abuse of one's power & withholding the truth.

The world has perceived Malaysia as no. 1 in world ranking in: i)Corruption & Scandals; and ii) world's champion in Credit Cards forgery. 

So my dear friends & family members; please spend your money wisely. Keep your Money  for rainy days. We are heading towards World economic collapse.  The days ahead will be difficult and bumpy. The journey is tough & unpredictable. This will hit hard on All of us; regardless whether you are rich or poor. All the best to All.

Petikan 
<Tun Daim>

MENGAPA TPPA WAJIB DITOLAK


Firman Allah s.w.t.: “Telah zahirlah keburukan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah - mudahan mereka kembali kepada kebenaran” (Ar-Rum: 41)

1. Sebenarnya, pengertian Globalisasi (al-‘Awlamah) adalah hampir sama dengan nilai Kesejagatan (al-‘Alamiyyah) yang dibawa oleh Islam, sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam Al-Quran: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya’: 107).

2. Namun, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari ini bererti mem-baratkan dunia (Westernisation) atau meng-amerikakan dunia (Americanisation), dengan tujuan untuk menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu Globalisasi bagi menjayakan agenda pemaksaan pengaruh Amerika dan Eropah ke seluruh dunia.

3. Kini dunia hanya mengenali dua pendekatan ideologi ekonomi, sama ada dalam satu negara atau antara negara, iaitu samada Liberal Kapitalisma atau Sosialisma. Abad yang lalu kita menyaksikan keruntuhan ideologi sosialisma, sehingga kuasa besar yang mendukungnya paling ekstrem seperti China dan Rusia serta negara ikutannya melakukan pembaharuan kepada ekonomi bebas yang didukung oleh Liberal Kapitalisma, sehingga yang dikatakan tabir besi dahulu sudah tidak ada lagi, kerana semuanya sudah bergerak kepasaran bebas dalam aspek ekonomi.

4. Kini kita menyaksikan tanda-tanda kegagalan liberal kapitalisma dengan krisis ekonomi dunia yang kita juga ikut menumpang dan terpalit. Maka diciptakan gagasan baru bernama TPPA, yang arkiteknya ialah Amerika, yang tidak boleh diberi keyakinan dapat menyelamatkan ekonomi dunia, bahkan menjadi salah satu punca masalah. Kalau kita menumpang bahtera ini kita akan bersama melakukan kesilapan yang sama dan tenggelam bersama. 

5. Kita sama sama mengikuti ucapan Presiden Obama ketika menjelaskan kepentingan TPPA kepada ekonomi Amerika. Jelasnya, TPPA akan menjadi penyelamat kepada ekonomi Amerika dengan menjadikan peraturan perdagangan yang mereka tulis sebagai terma yang dipaksakan ke atas Negara anggota blok TPPA bagi membantu Amerika berdepan dengan perkembangan mendadak ekonomi negara besar China.

6. Ini dapat dilihat berdasarkan negara anggota TPPA yang merentasi beberapa benua bermula dari lautan Hindi ke Pasifik dan turut melibatkan negara anggota Asean seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. TPPA ingin mengukuhkan geopolitik dan pengaruh Amerika di Asia Pasifik dan Laut China Selatan. Lebih-lebih lagi, kedudukan Malaysia yang strategik amat penting untuk Amerika menguasai sebahagian Selat Melaka dan kawasan tertentu di Laut China Selatan.

7. TPPA adalah gagasan perdagangan berkonsepkan Liberal Kapitalisma yang diketuai oleh barat yang pernah menjajah dengan gabungan kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan yang pernah membawa penderitaan ke seluruh pelusuk dunia. TPPA adalah pembaharuan daripada Syarikat Hindia British dan Belanda yang pernah menakluk rantau ini, menjajah tanahair, memperhambakan rakyat, dan mengangkut hasil buminya.

8. Hujah ini dikuatkan apabila merujuk kepada artikel 25.7 Perjanjian TPP menyebut negara anggota TPPA perlu lebih telus dan bertukar-tukar maklumat negara. Kita kena sedar ini satu bahaya besar terhadap keselamatan negara dan membuka ruang kepada ancaman kuasa asing. Sejauh manakah Kerajaan Malaysia mampu mengawal maklumat negara dari diserahkan kepada negara luar secara ‘halal’ sedangkan negara anggota terpaksa akur dengan langkah perundangan? Benarlah TPPA akan membuka ruang kepada kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara dan menjajah negara bermula dengan penguasaan ekonomi.

9. Ideologi Liberal Kapitalisma masih menjadi ideologi yang dianut, maka perjanjian yang dimeteraikan oleh gagasan ini tetap berkonsepkan ekonomi bebas yang tidak beriman dan budiman, kerana konsep ekonomi bebas walau pun berpakat, tetap berpandukan siapa cepat dia dapat, di atas nama menggalakkan kemajuan ekonomi.

10. Di samping itu, Langkah Perlindungan Sementara yang diperuntukkan hanya untuk tempoh maksima 3 tahun sahaja. Selepas tamat tempoh itu, tiada lagi perlindungan dibenarkan untuk melindungi industri tempatan dan pampasan mestilah dibayar kepada pihak yang terjejas. Kesan daripada Perjanjian TPP ini boleh membunuh industri tempatan.

11. Pakatan ini, kita yang diajak, serta dengan draf perjanjian yang disediakan, bermakna kita berpijak di atas asas landasan yang dibina oleh mereka yang mengajak, dengan syarat-syarat dan tawaran yang mungkin sangat menarik hasilnya pada zahir. Tetapi dalam perlumbaan berkonsepkan liberalisma ekonomi, sudah tentu lapangannya lebih berpihak kepada mereka, kita hanya sekadar menumpang kelajuan kenderaannya yang lebih besar dan canggih jenteranya, lebih laju perjalanannnya dan sudah pasti kita bukan pemandunya yang asasi, apabila aset mereka lebih besar, modal mereka lebih besar, pasaran mereka lebih besar.

12. Ini terbukti apabila tidak semena-mena, dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian berat sebelah ini ditandatangani, kita terpaksa meminda tidak kurang daripada 26 akta dan beberapa pekeliling atau aturan kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri, supaya mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam TPPA (patuh-TPPA). Inilah satu bentuk penjajahan undang-undang dan ekonomi yang berselindung di balik tirai pemulihan demokrasi dan keterbukaan ekonomi, yang wajib kita selaku Ahli Dewan Rakyat mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini.

13. Ya ! , kita akan mendapat limpahan ekonomi yang kaya raya dengan sebab menumpang, tetapi percayalah bahawa kita laksana kolam kecil yang membekalkan air untuk kolam tasik yang besar melaut , akan menjadikan air kita surut kering, kalau disedut, atau apabila dibuka tanpa sempadan air pasang tasiknya boleh menggelamkan kita sehingga mati lemas.

14. Segala-galanya berlaku nampaknya mudah di atas kertas, kerana Amerika yang menjadi arkitek utama perjanjian ini menjanjikan gagasan ekonomi alaf baru, berbeza dengan yang berlaku selama ini, kerana dikatakan sangat membantu negara anggota. Pihak kita pula terus berkempen bahawa syarikat-syarikat tempatan akan menembusi pasaran antara bangsa. Kebenarannya, percayalah bahawa ianya akan bergantung kepada kemampuan kita berlumba dan bertanding dengan syarikat-syarikat gergasi, kerana sifat perlumbaan adalah konsep ekonomi liberal kapitalisma, ditambah pula dengan tidak ada akhlak.

15. Malangnya lagi, Malaysia sudah tidak lagi boleh menentukan dasar cukai dan duti, walaupun untuk kepentingan sendiri. Merujuk kepada perjanjian TPP, hanya diperlukan 2 negara asing untuk memohon supaya duti Malaysia dikurangkan dan Malaysia mesti akur dan patuh. Malaysia juga harus memberikan layanan kepada pelabur asing setara dengan layanan yang diberikan kepada pelabur rakyat Malaysia, sama rata dan tiada pilih kasih.

16. Malah, hasil analisa pihak Price Waterhouse Coopers (PWC), konsultan yang dilantik kerajaan bagi menjalankan kajian kos dan manfaat ekonomi terhadap Malaysia mendapati kesan TPPA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidaklah terlalu signifikan – hanya menyumbang kenaikan 1.1% KDNK dan kenaikan 0.9% eksport negara pada 2027, satu lonjakan yang sangat rendah dan tidak signifikan kepada ekonomi negara yang perlu berkembang pada kadar 5%-7% setahun.

17. Di samping itu, kajian PWC mendapati tiga sektor yang bakal mendapat kesan negatif adalah industri yang menghadapi persaingan yang lebih sengit pasca-TPPA seperti minyak & gas, minyak sawit, dan pembinaan, di mana sektor ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan dikuasai syarikat Bumiputera.

18. Manakala, tiga sektor yang bakal mendapat manfaat pasaran terbuka di bawah TPPA kelak adalah perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen automotif, dan elektrikal & elektronik, di mana sektor ini kebanyakannya dikuasai firma Amerika Syarikat dan Eropah. 

19. Semua syarat-syarat perjanjian adalah ditulis oleh mereka untuk mendapat persetujuan kita, walaupun kita boleh tidak bersetuju, tetapi tentu sahaja perundingan yang sebegitu besar jangkauannya itu mempunyai agenda tersembunyi oleh kuasa besar. Kerisauan ini adalah berasas apabila meneliti perjanjian TPP yang menyebut tentang satu entiti Penyelesaian Pertikaian Negara-Pelabur (ISDS) akan memberi kesan dan membuka lebih ruang untuk Kerajaan Malaysia disaman dengan alasan “keadilan dan kesamarataan”.

20. Langkah-langkah perundangan yang terpaksa diakur oleh kerajaan Malaysia apabila TPPA dilaksanakan juga adalah bercanggah dengan prinsip perundangan antarabangsa yang sepatutnya bersifat sukarela dan atas dasar kontrak moral. Ditambah pula, ianya nanti akan dikawal oleh undang-undang perdagangan antara bangsa dan mahkamahnya adalah laksana sarang labah-labah. Akhirnya hanya dapat menghukum syarikat syarikat kecil dari negara kecil seperti kita. Apakah jaminan negara besar yang menjadi anggota boleh mematuhinya dan bersedia diambil tindakkan undang-undang yang adil ?.

21. Adalah lebih berhikmah kita membina gagasan ‘Masyarakat Madani Global’ bersama negara serantau (Agenda 1-Asean) dan sesama negara Islam (Agenda 1-Ummah) dengan konsep kita yang adil dan saksama. Kita bina kekuatan sendiri terlebih dahulu dengan sumber kita, kemudian boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja di seluruh pelusuk dunia, timur dan barat, bukan sahaja terikat dengan pintu TPPA bahkan lebih banyak pintu yang boleh dimasuki dan dibuka tanpa ikatan dengan sesiapa.

22. Adalah lebih baik diperkenalkan konsep Islam kepada dunia, setelah kegagalan sosialisma dan tanda kelemahan liberal kapitalisma. Di antaranya ialah penyakit muamalah riba, senjata zionis yang sedang meruntuhkan ekonomi Amerika sendiri. Inilah Firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al-Baqarah: 278-279)

23. Inilah kerja Tabung Kewangan Antara Bangsa (IMF) yang dibayangi Zionis dan inilah juga urusan institusi kewangan yang memangkin TPPA bersama Amerika. Maka TPPA adalah ibarat menjadikan negara anggotanya laksana tongkat untuk berdepan dengan krisis ekonomi dan berdepan dengan gagasan kuasa besar ekonomi yang baru iaitu China, Rusia dan kumpulannya dalam gagasannya, bukan untuk berpakat secara saksama dan adil.

24. Sepatutnya kerajaan kita menunaikan yang wajib terlebih dahulu daripada sumber sendiri, iaitu mengolah hasil bumi kita dengan baik, dan bumiputera yang menjadi sumber manusia terbesar, tetapi masih terkebelakang kerana program pembangunan manusia yang salah, sehingga kaum bumiputera masih ketinggalan, walaupun sudah merdeka lebih daripada setengah abad.

25. TPPA tidak mampu menjadikan sumber kita untuk kemajuan kita sendiri, tetapi lebih menjadi khadam atau abdi sekali lagi kepada pihak yang lebih besar dalan konsep ekonomi liberal ini. Pembahagian kelas masyarakat dalam negara kapitalis juga menjadi acuan dalam masyarakat antara Negara. Mereka sudah membahagikan kepada Kumpulan Negara maju dan kumpulan yang dinamakan sedang membangun, dalam konsep kapitalis tetap meneruskan sumber kekayaan berpusing di kalangan yang kaya dan maju sahaja. Al Quran menyebut :

“Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” (Al-Hasyr: 7)

26. Sepatutnya negara bekas tanah jajahan ini sedar dan insaf, betapa peranan yang zalim daripada negara bekas penajah, sejak zaman mereka memerintah kita secara langsung, sehinggalah selepas dikatakan kita sudah merdeka dan diletakkan di dalam bakul bekas jajahan dengan berbagai nama yang disenaraikan dalam negara sedang membangun yang tidak diizinkan bangun sendiri.

27. Bersamalah kita selaku Ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab ke atas kepentingan negara, menghalang sebarang bentuk campurtangan asing dalam menentukan urusan politik dan ekonomi tanahair, dengan menolak usul penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ini, demi masa depan negara dan generasi akan datang.

28. Saya sangat yakin akan kemampuan kita untuk berdiri di atas kaki sendiri, dan begitu optimis terhadap kebolehan yang ada di kalangan generasi muda negara, untuk mencorak kejayaan di abad ini dan melakar kecemerlangan di masa akan datang, mengikut acuan dan kebijaksanaan kita sendiri.

Sumber:

UCAPAN AHLI PARLIMEN MARANG
DALAM SIDANG KHAS DEWAN RAKYAT
26 - 27 JANUARI 2016