Pages

Sunday, January 31, 2016

Prioritykan Suruhan Allah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Dikatakan kepada Nabi Ibrahim a.s : "Apakah perkara sehingga Baginda terpilih sebagai 'Khalilullah' ?". Berkata Ibrahim a.s : "Kerana tiga perkara iaitu :

1) Aku memilih (mengutamakan) suruhan Allah daripada suruhan selain-Nya.
2) Aku tidak risau tentang apa-apa yang dijaminkan oleh Allah SWT kepadaku (mengenai rezeki)
3) Tidak aku makan tengahari dan makan malam melainkan bersama tetamu. (diriwayatkan Baginda sanggup berjalan sejauh satu hingga dua batu untuk mencari orang yang dapat makan bersamanya)"

KUPASAN :
Subhanallah, berapa ramai manusia hari ini yang menjadikan priority suruhan Allah SWT menjadi nombor dua, tiga, empat, lima atau yang terakhir sekali daripada suruhan sesama manusia. Bimbang 'Punch Card' nya merah mengundang marah majikannya, tetapi tak bimbang 'Report Card' amalannya boleh mengundang murka Tuhannya.

Terkejar-kejar keluar rumah dinihari, sebelum Subuh semata-mata kononnya hendak mencari rezeki. Hinggakan Solat Subuh dikesampingkan. Solat Maghrib berat untuk dikerjakan pada waktu meniaga Pasar Malam kerana merasakan rezeki ada pada ramainya manusia bukan pada Allah Yang Maha Kaya.

Berebut untuk mengelak dari membayar bayaran makan minum ketika keluar minum bersama rakan-rakan, kerana meyakini duit di saku akan berkurangan tetapi tidak meyakini janji Tuhan. Merasa untung setiap kali dapat makan percuma bila sentiasa orang lain yang membayarkannya. Tak pernah belanja kawan setiap kali keluar makan, bahkan tanpa segan silu selalu minta dibelanja walaupun dengan kawan perempuan... Lebih teruk dari pon***!

Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Tiga golongan yang akan duduk di bawah bayang Arasy Allah SWT di hari tiada bayangan tempat berteduh melainkan bayangan-Nya ialah :

1. Orang yang berwuduk ketika di cuaca terlampau sejuk.
2. Orang yang berjalan di kegelapan malam untuk solat berjemaah.
3. Orang yang memberi makan kepada orang yang lapar."

KESIMPULAN :
Tiada yang lebih menggembirakan bila kita dapat menggembirakan orang lain. Percayalah ! Perasaan gembira bila kita dapat melakukan kebaikan lebih hebat daripada rasa gembira apabila kita melakukan kemungkaran !

Wallahu a'lam - Oleh itu ajak-ajaklah Ust. Kay keluar makan, pasti kita akan sama-sama gembira !

SUMBER :
- Kitab Isti'dad Lyoum Al-Ma'ad - Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
- Nasaihul Ibad / Al-Wasail Ila Ma'rifatil Awail - Imam As-Sayuti dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment