Pages

Wednesday, January 27, 2016

Doa Selepas Solat Mengikut Sunnah

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Berkah Darussalam

Petikan Hadis
Sa’ad B. Abu Waqqash berkata, 
 “Di setiap kali selesai solat, Rasulullah Shallallahu álaihi Wasallam akan berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari beberapa perkara (dengan doa berikut): 

 اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ اَلْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ اَلدُّنْيَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ اَلْقَبْرِ 

 “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat nyanyuk. Dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.” 
 (Hadis Riwayat al-Bukhari)

ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ
Ya Allah
Setiap hari dan waktu kami berdoa kepada Mu, pastinya Engkau tidak pernah merasa jemu mendengar dan tidak pernah menyuruh kami berhenti dalam melakukannya kerana Engkau lebih menyukai hamba2 Mu yang ingat dan mendekati Mu...
Semoga kami jua begitu hendaknya...tidak pernah ada rasa jemu, malah semakin merendah diri bersama istiqaamah dalam amal ibadah terutamanya solat fardhu lima waktu.

Ya Allah,
Jauhkanlah kami dari sebarang sifat kepura-puraan yang hanya membawa kemurkaan Mu andai kami melakukan amal ibadah atau berdakwah bagi tujuan menunjuk2, berbangga diri atau menggunakannya untuk populariti dan nama.

Ya Allah,
Dalam arus kemodenan dan kecanggihan dizaman ini, janganlah Kau biarkan kami atau mana2 pihak lainnya pandai2 mengubah suai atau menokok tambah atau pula mengurangi mana2 peraturan, undang-undang, tatacara atau sebagainya berkenaan hukum hakam Al Quran dan As Sunnah dari yang sedia ada kerana ianya hanya akan membawa kesalahan, kekeliruan atau penyelewengan aqidah pada kami dan keturunan kami.
Tetapkanlah aqidah kami kejalan yang benar lagi betul dan jelas.

Ya Allah,
Pandulah kami dalam menjalankan Amar Mahruf Nahi Munkar.
Semoga kami dalam jema'ah kami saling bantu membantu kearah perkara2 berkebajikan, tidak merasa malu atau berdiam diri pada perkara amal ibadah dan kewajipan.

Ya Allah
Semoga setiap amal kebajikan dan kebaikan yang kami lakukan dengan penuh keikhlasan, adalah juga pahalanya sebagai hadiah kami kepada kedua ibu bapa kami sebagai antara asbab mereka menjadi penghuni Syurga Mu di Akhirat kelak.

Ya Allah,
Jadikan kami golongan hamba2 Mu yang ta'at, jujur dan setia kepada Ulul Amri kami, ugama kami, negara kami dan masyarakat sekeliling kami dalam membangun dan meneguhkan Ukhwah dan Mahabbah Fillah serta untuk menarik Kerahmatan, Keberkatan dan Kasih Sayang Mu ya Arhamar Rahimin.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْنٍ

No comments:

Post a Comment