Pages

Sunday, February 14, 2016

Jenaka santai ustaz Azhar Idrus (UAI)

Bacalah . seronok

#"Orang tak solat nak suruh buat jamban rumah pon tak layak . ini elok je pergi buat menantu , siap renjis air mawar masa dia atas pelamin"

#"S: Macam mana ustaz dapat kawin dua ? Ustaz: yg no1 sy pinang , yg no2 sy dipinang . kalau ada yg nak jd no3 silalah masuk meminang :)"

#"S: Apa hukum melihat wanita berpakaian ketat ? Ustaz: Hukumnya sedap dan dapat pahala.... jika dia isteri kamu

#"S: Apa hukum simpan gambar wanita. Ustaz: harus,jika wanita itu nenek kita . tapi kalau bukan mahram dan simpan kerana nafsu , hukumnya haram"

#"Nak kuar berdua-duan dgn perempuan boleh , tp selepas lafaz akad nikah . jangan jadi umat kambing . kambing tak perlu akad nikah . jadilah umat islam"    

#"S: Apa beza lelaki yg pakai songkok dan lelaki yg pakai kopiah ? Ustaz: Lelaki pakai songkok nampak hensem , yg pakai kopiah nampak warak"

#" Isteri yg cantik ialah yg suaminya memujinya cantik . tk guna jika berhias cantik utk dpt pujian org lain tp depan suami mcm bomoh gila"

#" Walau bnyk mana harta sekalipun , masa lahir dulu kita  bogel , mati nanti bogel & bangkit di masyhar nanti juga bogel . jadi kita ni sbenarnya papa kedana!"

#"S: Bolehkah pos Quran guna pos laju? ustaz: Guna pos lambat pon boleh"

#"S: Ustaz kata kalau isteri tk cantik boleh tutup lampu ,tp kalau siang hari mcm mana ustaz ? Ustaz: tutup mata , sama juga gelap . tk nampak"

#"Kalau terjaga dari mimpi hantu , sunat meludah 3x ke kiri; tapi jangan biar air liur basi terkena muka isteri pula , nanti dia pula naik hantu"

#Nasihat dulu jika isteri degil , kalau tak jalan , pisah tempat tidur . kalu tk jalan juga , rasanya kamu yg senyap-senyap pergi join dia tidur balik"

#"Tabiat melembapkan otak: 
1-kuat tengok aurat perempuan 
2-kuat tidur 
3-kuat tengok aurat perempuan 
4-kuat onani 
5-suka duduk lama-lama dalam jamban, sempat habis baca Harian Metro"

#"Beruk akn kejar kalau org ambil ank dia bawak naik moto; tp manusia tk kesah bila ank gadis dia dibawa naik moto oleh lelaki bukan mahram"

#" Lebai mana pun kita , susah nk lawan godaan wanita . pak aji yg sedang bertasbih SubhanAllah pun tukar jd Alhamdulillah bila lalu wanita cantik"

#"Tiga Ta yg boleh merosakkan lelaki: Wanita Takhta dan Harta.

Tiga K yg amat merbahaya pd semua : bakhil , kikir , dan JKK"

#"S: sy masih muda , mana patut dibuat dulu , pergi haji atau kahwin? Ustaz: Kalau kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwin dulu"

#" dapat isteri tk sujud syukur, dpt suami , dpt anak , dpt motor , dan macam- macam nikmat dpt , tk sujud juga ! bilanya dia sujud syukur? bila bola masuk gol!"

#"S:normal ke jika minat wanita tua utk dijadikan isteri? Ustaz: Normal , cuma wanita muda boleh main macam baby doll , kalau tua kena stanby panadol"

#Tugas suami bukan shj mencari makan , tp juga security guard isteri. dia mesti sanggup bertarung walau dgn harimau atau buaya demi isteri"

*share lha guys tk susah pon *Dan apabila kita mati , maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara iaitu 
-sedekah jariah 
-ilmu yg manfaat
-doa ank-anak soleh
*so tunggu mende ag sept awok nihh . ni kang ilmu hok bermanfaat

Jadilah anda salah seorang yang mengajak kepada kebaikan.

Akan tiba masanya - 3X
Hari yang ganjil - 3X

Mari Mengetahui...
Mari Memahami...
Mari Menghayati...

.. Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya): 

. Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

. Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.  

. Akan Tiba masanya atas ummat ku  banyak nya gempa2 bumi.

. Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal shj.

. Akan tiba masanya atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

. Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ? 

Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat. 

.. Hampir2 semua yg disebut itu berlaku di zaman kita. 

. Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil. 

Ibu2 & bapa2 hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik2 shj terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kpd anak2 mereka.

. Hari-hari yang ganjil.

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit.  Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram. 

. Hari-hari yang ganjil 

Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau 
di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat. 

. Hari-hari Ganjil. 

Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika utk mendengar firman-firman  Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram. 

. Hari-hari sangat ganjil. 

Kita  bersungguh2 berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali utk dimasukkan kedlm tabung derma.

. Hari-hari yang  ganjil. 

Kita set alarm sblm tidur takut terlambat bangun utk pergi kerja.  Namun kita lupa utk setkan alarm utk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

. Hari-hari  sangat ganjil 

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" . 

. Hari-Hari yang ganjil. 

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini utk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya". 

. Hari-hari yang ganjil.

Ibu2 & bapa2 membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kpd org lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing2 dll....

. Hari-hari yang ganjil.

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah shj.

Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian Anda telah bersama2 dengan kami dalam menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Saturday, February 13, 2016

Cara mencuci kemaluan dengan betul

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul.
Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya org membukanya.
Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mncabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya.
Tetapi ular itu tiba2 berkata-kata, katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya…

Lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.
Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dgn air sebersihnya.

Kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

PENTING SANGAT.
Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting perlu masukan ruas  jari kedalam dubur pusingkan beberapa kali korek saki baki najis supaya keluar dari dinding dubur sambil jirus dgn air gunakan getah paip hingga terasa najis benar2 telah hilang dan bersih.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

Jangan LUPA SHARE yerr... ilmu yang bermanfaat perlu kita amalkan bersama...

Wallahu a'lam...

Friday, February 12, 2016

LIBERAL vs KIYAI

Seorang pemuda yang terpengaruh fahaman Liberal telah bertemu seorang Kiyai untuk bertanya tentang sesuatu yang menjadi keraguan padanya.
Pemuda Liberal: Pak Kiyai, apa pandanganmu terhadap seseorang yang kuat melakukan kebaikan , menentang kezaliman serta rasuah, sering membantu yang memerlukan tetapi dia tidak memeluk Islam. Kemanakah dia setelah mati? Syurga atau Neraka?!
Kiyai: Neraka.
Pemuda Liberal : Bagaimana boleh jadi begitu. Adakah tuhan itu terlalu zalim untuk melakukan sedemikian pada orang baik tersebut?
Kiyai lalu menjawab : Itu bukan zalim tetapi ADIL namanya.
Pemuda Liberal : Bagaimana digelar adil kalau begitu hukumannya?
Kiyai : Kamu lulusan mana dulu?
Pemuda Liberal : Saya lulusan Kejuruteraan di German Pak Kiyai.
Kiyai : Maksudnya kamu mendaftar di sana dan mengikuti pengajiannya sehingga tamat?
Pemuda Liberal: Sudah tentu Pak Kiyai.
Kiyai : Apa pandanganmu jika seseorang yang bijak dan berkebolehan, sering datang ke kuliah tempat kamu belajar.. Melakukan tugasan yang disuruh oleh pensyarah di Kuliah berkenaan.
Tetapi dia tidak mendaftar sebagai pelajar di sana. Apakah dia akan memperolehi ijazah sepertimu?
Pemuda Liberal : Mana mungkin Pak Kiyai. Seseorang itu sudah tentu perlu mendaftar terlebih dahulu. Jika tidak mendaftar, dia takkan memperolehi ijazah di tempat berkenaan.
Kiyai : Kalau begitu, Universiti tempat kami belajar itu telah berlaku zalim. Bagaimana mungkin seorang pelajar yang bijak dan rajin sebegitu tidak diberikan ijazah dan penghargaan?
Pemuda Liberal : Kesalahan bukan pada Universiti itu Pak Kiyai. Kesalahan itu adalah pada individu tersebut kerana tidak mendaftar.
Kiyai : Kalau begitu, sama jawapannya kepada persoalanmu tadi.
Mana mungkin Allah taala itu zalim kerana menyiksa hambaNya yang berbuat banyak kebaikan tetapi tidak memeluk Islam.
Kebaikan tidak akan ada nilainya jika dasarnya tidak benar.
Ramai orang hanya menilai pada luaran tidak pada akar umbinya.
Akar itulah dasarnya. Jika akarnya utuh dan kuat seperti Islam. Maka buahnya akan lebat dan ranum.
Jika akarnya rosak atau tiada langsung.. bimbang buah yang disangka enak itu rupa-rupanya buahan plastik. Tak boleh dimakan...

Copy n paste from fb
#ust nazrul nasir

Ini Cerita Zul

Zul Balik 

Selepas 2 minggu tidak pulang kerana halangan kerja di KL. 
Hari ini Zul memandu pulang kerumahnya disebuah daerah di Kuantan...

Rindu benar Zul pada anaknya, walau pun selalunya Zul akan terkam emak dahulu, selepas itu barulah anaknya....

Sepanjang perjalanan Zul memandu cukup agresif. 
Mahu cepat sampai.

Akhirnya ...
Zul tiba dirumahnya jam 5 ptg dengan harapan anak anaknya disekolah.....

Tiba tiba muka Zul berubah....
Tangannya mengeletar...
Mukanya pucat ..
Zul terduduk diatas tangga dan mengeluarkan sebatang rokok bagi tenangkan fikiran...
Zul seperti mahu menangis....
Zul menjeling sekali lagi ke ampaian.
Jelaslah itu kain "sembahyang wanita" 

Zul melangkah lesu kedalam rumah disambut ahli keluarganya...
Keadaan Zul yang tidak gembira dapat dilihat jelas isteri dan anak anaknya..

Isterinya menyiapkan minuman.. dan melihat Zul dengan aneh. Zul seperti biasa...

Zul mengadap tv tanpa sepatah kata.
Isterinya menghidangkan minuman...

Namun akhirnya Zul mengumpul kekuatan dan sisa sisa harapan, Zul bertanya pada isterinya dengan nada yang cukup lemah tetapi tidaklah berharap....

"Awak sudah solat asar" ?
Isterinya menjawab ringkas.
"Sudah "....

Zul terbangun dari kerusi seperti tidak percaya...
"Tu kain sembahyang awak basuh"... Zul menyoal

Isterinya ketawa dan menjelaskan kain sembahyang bukannya sehelai.....

Alhamdulillah syukur... 
Zul menyebut tanpa sedar dan kembali bersemangat. 
Sepinggan kuih didepannya licin dimakan ...

Air yang tengah panas sekali Zul hirup tanpa rasa apa apa .....

Persoalannya.... Apa sebenarnya yg Zul nak??
-Cerpen WhatsApp

Mari belajar bahasa kewangan Islam asas:


1. Kalau simpan ia 'wadiah"
2. Kalau labur ia 'mudarabah'
3. Kalau di'urus' ia 'wakalah'
4. Kalau yuran ia 'ujrah'
5. Kalau TT ia 'hawalah'
6. Kalau rebate ia 'ibraa'
7. Kalau caj gantirugi ia 'tawidh'
8. Kalau penalti ia 'gharamah'
9. Kalau berjanji ia 'waad'
10. Kalau gadai ia 'rahnu'
11. Kalau pinjam ia 'qard'
12. Kalau adat ia 'uruf'
13. Kalau gerenti ia 'kafalah'
14. Kalau bagi deposit ia 'urbun'
15. Kalau sewa ia 'ijarah'
16. Kalau jual ia 'Bai'
17. Kalau untung rugi bersama ia 'musyarakah'
18. Kalau kongsi untung beramanah ia 'mudarabah'
19. Kalau beri hadiah ia 'hibah'
20. Kalau tolong menolong ia 'takaful'

Lagenda Budak SMKA/SMA.

AMARAN
Post ni bukan "bias". Cuma nak mengingatkan sesiapa yang terlupa bahawa dia pernah menjadi budak sekolah agama.

Usrah. Mehnah. Dakwah. Tarbiah. Futur. Naqibah. Musyawarah. Ikhtilat.

Ni antara "term" yang diperkenalkan bila aku mula jejak sekolah agama . Rindu. Sumpah aku rindu biah tu.

Sekolah yang awal-awal pagi bergema dengan bacaan Al-Quran. Perhimpunan set-set asrama sebelum ke kelas. Kawan-kawan yang seriyes osem. Usrah yang sentiasa berjalan. Lagu sekolah yang dengar macam lagu nak pi perang. Haha. Macam-macam kenangan kat sekolah.

Rindu biah solehah?
Yes, I do.

1⃣Rindu nak beri salam kat senior dan jawab salam dari junior. Tambah-tambah form 1. Haha. Comel betul. Tapi,jangan pilih senior. Yang lawa hang bagi salam,yang kurang lawa, buat tak tau je. Eheh.

2⃣Rindu dengan program-program sekolah. Tak terkecuali teknik menjawab soalan yang cikgu. Ehem.*ayat bodek cikgu*

3⃣Rindu dengan usrah. Pehhhh. Lagi best kalau naqibah style santai dan "deep". Usrah bawah pokok. Bawah pondok. Kalau aku, aku nak sangat buat kat dewan makan. Haha. Boleh tapau makanan. 

4⃣Rindu nak baca doa Wahidah ramai-ramai. Walawehh. Best. Lagi best kalau bergema satu asrama perempuan. Haha. 

5⃣Istiqamah baca Quran,solat sunat,ikhtilat,solat jemaah kat surau. Kadang-kadang surau tiba-tiba putus elektrik,imam tiba-tiba baca kuat. Haha. Gelap. Nampak gigi ja.

6⃣Rindu nak lepak-lepak ramai-ramai lepas usrah. Sembang-sembang. Makan-makan. Haha,,makan je hang tau.

7⃣Rindu nak kena "brainwash" dengan senior. Kalau ada buat salah, terus kena tegur. Best. Taklah syok sendiri buat benda lagha. 

8⃣Rindu nak berqasidah ramai-ramai. 

9⃣Rindu nak buat "suapan pertama untuk sahabat". Best. 

🔟Rindu semuanya tentang sekolah!
Huwaaaa.

Bila masuk matrik, asasi ke. Masuk U. Kita rasa dah jauh dari Biah tu.
Rasa dah tak sado macam dulu.
Rasa dah makin tenat iman ni.
Tinggalkan tudung bulat tu. Usrah jarang dah. Ikhtilat makin terbuka tanpa disekat. 

Hmmm.
Selalu kita jumpa "scene" ni.

"Apaaa? Dia budak sekolah agama? Aikk? Mana tudung labuh? Ikhtilat dia?".

"Budak sekolah agama tapi perangai macam syaitonnirojim".

Stop! 

Sis. Bro.
Kalau dia tak lagi istiqamah. Kalau dia tak lagi menjaga auratnya. Kalau dia tak lagi menjaga ikhtilatnya. 

Jangan tunding jari pada sekolahnya. 
Pada biah yang dia dapat dulu. 
Tapi,,salahkan dia.

Kadang-kadang dia tersepit dengan biah yang baru. Biah yang jauh lebih terbuka.
Tu yang ada kejutan budaya. 

Tapi,itulah manusia. Akan ada suatu ketika dia jatuh. Tapi,,takkan kita nak biar dia selamanya jatuh?
Ajaklah dia kembali. Ingatkan dia memori terindah di biah solehah. Allah.

Tapi,kita jugak kena buat refleksi diri.

😔Kenapa dulu aku senang belajar walau ambik subjek sampai 10,,11?
Sekarang, 4 subjek pon tak mampu bawak.

😔Kenapa dulu aku rasa hati aku tenang? Sekarang, hati aku ikut serabut macam tuan dia.

😔Kenapa dulu aku rasa aku ni terjaga dari pandangan ajnabi? Sekarang,,hmmm.

Sebab aku tak duduk dalam biah solehah lagi ke? Ke sebab aku sendiri?

Ya. Salah kita sendiri jugak. Dah makin lalai. Solat sunat dah tak istiqamah. Ikhtilat dah tak jaga. Al-Quran jauh entah ke mana. 

Hmm. Aku budak sekolah agama.

Pengalaman aku sendiri. Dari skolah agama ke Matrik. Ke U.
Aku cukup takut. Takut dengan biah yang makin berubah. 
Masuk Matrik, alhamdulillah Allah hantar sahabat yang selalu mengingati aku tentang Allah. 

Masuk U. Lup dup lup dup. Berdebar hati aku. Dah hilang kawan. Macam mana lah aku nanti. 

2 minggu di U. Risau. Risau. Risau. 
Aku cari kawan yang boleh aku jadikan pembimbing. Dan takkan melupakan kawan yang ingin dibimbing. 
Alhamdulillah,,aku cuba kekalkan aku yang dulu. Nak jadi lebih baik.
Tapi,,aku dah makin futur dengan surah-surah hafalan. Solat dhuha. Hmmm. 

Pernah sekali, aku dah jarang pergi talaqi. Akhirnya,ada seorang sahabat menegur aku. Hati aku mulai basah. Aku kena bangkit balik. Takmau futur macam ni.

Budak sekolah agama kena tegur,beb!. 

Aku rasa malu sangat. Tapi,alhamdulillah aku cepat sedar yang aku agak lalai. Sibuk berpersatuan sangat lah kan?

Itulah cerita aku.

Bezakah budak sekolah agama dengan budak sekolah harian biasa?

Beza. Kalau....

Kalau budak sekolah agama terus berada dalam zon selesa,menganggap diri cukup baik dan menghina budak dari sekolah harian biasa.

Dan. Kalau budak sekolah harian biasa berterusan menganggap tak perlu belajar agama. Tak perlu ambik tahu tentang agama. Tak perlu tarbiah.

Kita akan berterusan berbeza. Dan akan ada "gap".

Jika tembok ini dipecahkan,kita akan sama. Jalan kita sama. Menuju redha Allah. 

Allah. Aku telah sampaikan.

-Sedutan dari WhatsApp.