Pages

Friday, February 12, 2016

Lagenda Budak SMKA/SMA.

AMARAN
Post ni bukan "bias". Cuma nak mengingatkan sesiapa yang terlupa bahawa dia pernah menjadi budak sekolah agama.

Usrah. Mehnah. Dakwah. Tarbiah. Futur. Naqibah. Musyawarah. Ikhtilat.

Ni antara "term" yang diperkenalkan bila aku mula jejak sekolah agama . Rindu. Sumpah aku rindu biah tu.

Sekolah yang awal-awal pagi bergema dengan bacaan Al-Quran. Perhimpunan set-set asrama sebelum ke kelas. Kawan-kawan yang seriyes osem. Usrah yang sentiasa berjalan. Lagu sekolah yang dengar macam lagu nak pi perang. Haha. Macam-macam kenangan kat sekolah.

Rindu biah solehah?
Yes, I do.

1⃣Rindu nak beri salam kat senior dan jawab salam dari junior. Tambah-tambah form 1. Haha. Comel betul. Tapi,jangan pilih senior. Yang lawa hang bagi salam,yang kurang lawa, buat tak tau je. Eheh.

2⃣Rindu dengan program-program sekolah. Tak terkecuali teknik menjawab soalan yang cikgu. Ehem.*ayat bodek cikgu*

3⃣Rindu dengan usrah. Pehhhh. Lagi best kalau naqibah style santai dan "deep". Usrah bawah pokok. Bawah pondok. Kalau aku, aku nak sangat buat kat dewan makan. Haha. Boleh tapau makanan. 

4⃣Rindu nak baca doa Wahidah ramai-ramai. Walawehh. Best. Lagi best kalau bergema satu asrama perempuan. Haha. 

5⃣Istiqamah baca Quran,solat sunat,ikhtilat,solat jemaah kat surau. Kadang-kadang surau tiba-tiba putus elektrik,imam tiba-tiba baca kuat. Haha. Gelap. Nampak gigi ja.

6⃣Rindu nak lepak-lepak ramai-ramai lepas usrah. Sembang-sembang. Makan-makan. Haha,,makan je hang tau.

7⃣Rindu nak kena "brainwash" dengan senior. Kalau ada buat salah, terus kena tegur. Best. Taklah syok sendiri buat benda lagha. 

8⃣Rindu nak berqasidah ramai-ramai. 

9⃣Rindu nak buat "suapan pertama untuk sahabat". Best. 

🔟Rindu semuanya tentang sekolah!
Huwaaaa.

Bila masuk matrik, asasi ke. Masuk U. Kita rasa dah jauh dari Biah tu.
Rasa dah tak sado macam dulu.
Rasa dah makin tenat iman ni.
Tinggalkan tudung bulat tu. Usrah jarang dah. Ikhtilat makin terbuka tanpa disekat. 

Hmmm.
Selalu kita jumpa "scene" ni.

"Apaaa? Dia budak sekolah agama? Aikk? Mana tudung labuh? Ikhtilat dia?".

"Budak sekolah agama tapi perangai macam syaitonnirojim".

Stop! 

Sis. Bro.
Kalau dia tak lagi istiqamah. Kalau dia tak lagi menjaga auratnya. Kalau dia tak lagi menjaga ikhtilatnya. 

Jangan tunding jari pada sekolahnya. 
Pada biah yang dia dapat dulu. 
Tapi,,salahkan dia.

Kadang-kadang dia tersepit dengan biah yang baru. Biah yang jauh lebih terbuka.
Tu yang ada kejutan budaya. 

Tapi,itulah manusia. Akan ada suatu ketika dia jatuh. Tapi,,takkan kita nak biar dia selamanya jatuh?
Ajaklah dia kembali. Ingatkan dia memori terindah di biah solehah. Allah.

Tapi,kita jugak kena buat refleksi diri.

😔Kenapa dulu aku senang belajar walau ambik subjek sampai 10,,11?
Sekarang, 4 subjek pon tak mampu bawak.

😔Kenapa dulu aku rasa hati aku tenang? Sekarang, hati aku ikut serabut macam tuan dia.

😔Kenapa dulu aku rasa aku ni terjaga dari pandangan ajnabi? Sekarang,,hmmm.

Sebab aku tak duduk dalam biah solehah lagi ke? Ke sebab aku sendiri?

Ya. Salah kita sendiri jugak. Dah makin lalai. Solat sunat dah tak istiqamah. Ikhtilat dah tak jaga. Al-Quran jauh entah ke mana. 

Hmm. Aku budak sekolah agama.

Pengalaman aku sendiri. Dari skolah agama ke Matrik. Ke U.
Aku cukup takut. Takut dengan biah yang makin berubah. 
Masuk Matrik, alhamdulillah Allah hantar sahabat yang selalu mengingati aku tentang Allah. 

Masuk U. Lup dup lup dup. Berdebar hati aku. Dah hilang kawan. Macam mana lah aku nanti. 

2 minggu di U. Risau. Risau. Risau. 
Aku cari kawan yang boleh aku jadikan pembimbing. Dan takkan melupakan kawan yang ingin dibimbing. 
Alhamdulillah,,aku cuba kekalkan aku yang dulu. Nak jadi lebih baik.
Tapi,,aku dah makin futur dengan surah-surah hafalan. Solat dhuha. Hmmm. 

Pernah sekali, aku dah jarang pergi talaqi. Akhirnya,ada seorang sahabat menegur aku. Hati aku mulai basah. Aku kena bangkit balik. Takmau futur macam ni.

Budak sekolah agama kena tegur,beb!. 

Aku rasa malu sangat. Tapi,alhamdulillah aku cepat sedar yang aku agak lalai. Sibuk berpersatuan sangat lah kan?

Itulah cerita aku.

Bezakah budak sekolah agama dengan budak sekolah harian biasa?

Beza. Kalau....

Kalau budak sekolah agama terus berada dalam zon selesa,menganggap diri cukup baik dan menghina budak dari sekolah harian biasa.

Dan. Kalau budak sekolah harian biasa berterusan menganggap tak perlu belajar agama. Tak perlu ambik tahu tentang agama. Tak perlu tarbiah.

Kita akan berterusan berbeza. Dan akan ada "gap".

Jika tembok ini dipecahkan,kita akan sama. Jalan kita sama. Menuju redha Allah. 

Allah. Aku telah sampaikan.

-Sedutan dari WhatsApp.

No comments:

Post a Comment