Pages

Monday, February 1, 2016

HIDUPKANLAH SUNNAH NABI SOLLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM YANG SEMAKIN DILUPAKAN.

Daripada A'isyah Radhiyallahu 'Anha, bahawa Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam apabila hendak tidur di tempat tidurnya Baginda :

1) menyatukan kedua-dua tapak tangannya,

2) dan meniup ke arah kedua-dua tapak tangannya,

3) lalu Baginda membaca pada kedua-duanya

* قل هو الله أحد،
قل أعوذ برب الفلق،
قل أعوذ برب الناس.

4) kemudian, Baginda menyapu dengan kedua-dua tapak tangannya ke bahagian tubuh yang mampu dicapai oleh Baginda. 

5) Baginda memulakannya dari bahagian kepala dan mukanya serta seluruh bahagian hadapan badannya. 

6) Baginda melakukan sedemikian sebanyak tiga kali. 

Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari rahimahullah. 

*Ketiga-tiga surah tersebut dibaca secara lengkap.

"Ya Allah, permudahkanlah kami dan zuriat kami untuk beramal dengan sunnah Nabi-Mu khususnya ketika sunnah Baginda dilupakan oleh ummatnya."

BACA, AMAL DAN SEBARKAN.

Semoga bermanfaat untuk semua dan tersebar kebaikan.

Sumber:
الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Semenyih, Selangor.
Isnin, 22 Rabi'ul Akhir 1437H - 1 Februari 2016.

No comments:

Post a Comment