Seorang pemuda yang terpengaruh fahaman Liberal telah bertemu seorang Kiyai untuk bertanya tentang sesuatu yang menjadi keraguan padanya.
Pemuda Liberal: Pak Kiyai, apa pandanganmu terhadap seseorang yang kuat melakukan kebaikan , menentang kezaliman serta rasuah, sering membantu yang memerlukan tetapi dia tidak memeluk Islam. Kemanakah dia setelah mati? Syurga atau Neraka?!
Kiyai: Neraka.
Pemuda Liberal : Bagaimana boleh jadi begitu. Adakah tuhan itu terlalu zalim untuk melakukan sedemikian pada orang baik tersebut?
Kiyai lalu menjawab : Itu bukan zalim tetapi ADIL namanya.
Pemuda Liberal : Bagaimana digelar adil kalau begitu hukumannya?
Kiyai : Kamu lulusan mana dulu?
Pemuda Liberal : Saya lulusan Kejuruteraan di German Pak Kiyai.
Kiyai : Maksudnya kamu mendaftar di sana dan mengikuti pengajiannya sehingga tamat?
Pemuda Liberal: Sudah tentu Pak Kiyai.
Kiyai : Apa pandanganmu jika seseorang yang bijak dan berkebolehan, sering datang ke kuliah tempat kamu belajar.. Melakukan tugasan yang disuruh oleh pensyarah di Kuliah berkenaan.
Tetapi dia tidak mendaftar sebagai pelajar di sana. Apakah dia akan memperolehi ijazah sepertimu?
Pemuda Liberal : Mana mungkin Pak Kiyai. Seseorang itu sudah tentu perlu mendaftar terlebih dahulu. Jika tidak mendaftar, dia takkan memperolehi ijazah di tempat berkenaan.
Kiyai : Kalau begitu, Universiti tempat kami belajar itu telah berlaku zalim. Bagaimana mungkin seorang pelajar yang bijak dan rajin sebegitu tidak diberikan ijazah dan penghargaan?
Pemuda Liberal : Kesalahan bukan pada Universiti itu Pak Kiyai. Kesalahan itu adalah pada individu tersebut kerana tidak mendaftar.
Kiyai : Kalau begitu, sama jawapannya kepada persoalanmu tadi.
Mana mungkin Allah taala itu zalim kerana menyiksa hambaNya yang berbuat banyak kebaikan tetapi tidak memeluk Islam.
Kebaikan tidak akan ada nilainya jika dasarnya tidak benar.
Ramai orang hanya menilai pada luaran tidak pada akar umbinya.
Akar itulah dasarnya. Jika akarnya utuh dan kuat seperti Islam. Maka buahnya akan lebat dan ranum.
Jika akarnya rosak atau tiada langsung.. bimbang buah yang disangka enak itu rupa-rupanya buahan plastik. Tak boleh dimakan...
Copy n paste from fb
#ust nazrul nasir
No comments:
Post a Comment